Thursday, October 11, 2007

Soyuz TMA-11 & misinya





Malam tadi jam 9.21 mlm waktu Malaysia, Angkasawan pertama Malaysia Dr Sheikh Muszaphar dan Komender Peggy Witson sertaYuri mallenchenko telah selamat berlepas ke International Space Station menaiki Soyuz TMA-11. Soyuz TMA-11 akan berada di Orbit selama 48jam sebelum bercantum di ISS selama 10 hari.

Angkasawan Malaysia membawa 3 eksperimen, mengkaji kesan mikrograviti dan radiasi angkasa ke atas sel normal dan sel kanser. Ia bagi melihat kesan ke atas pembentukan sel kanser dan proses yang boleh membantu mengesan serta rawatan yang lebih berkesan.

Eksperimen juga melibatkan penghantaran bakteria ke angkasa lepas, megkaji kesan mikrograviti dan radiasi serta makanisma dan kadar perkembangan. Bakteria yang dipilih adalah Helicobacter pylori (yang bertindakbalas penyakit Ulser perut) dan Acinetobactor baumanni.

Kajian penghasilan kristal protein dalam organisma hidup serta 3 aplikasi utama iaitu struktur biologi & pembuatan ubatan, pemisahan kima dan pengawalan dalam ubatan.

Kebanyakan rakyat Malaysia menyaksikan dengan penuh bangga pelancaran Soyuz TMA-11 yang dipancarkan terus dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Dr Sheikh Muszaphar 35, seorang pakar Ortopedik dari HUKM adalah diantara 11,267 orang pemohon. Tahniah di ucapkan. Semuga dengan pergi dan kembalinya angkasawan malaysia itu pada 21 Oktober nanti akan membuka lembaran baru dalam dunia Astronomi di Malaysia.



Thursday, September 27, 2007

Sampah..kerja siapa?


Sampah yang banyak ini berada di tingkat 5 block keruing. Kerja siapalah yang terlampau pemalas ini? Milik tuan rumah sebelahnya atau cleaner yang tak pandai buat kerja?

Friday, September 21, 2007

Anak-anak Kita

Rata-rata membicarakan kisah Allahyarham Adik Nurin Jazlin. Masyarakat Malaysia sedih bercampur marah atas apa yang berlaku. Apa yang terjadi kepada Arwah Adik Nurin sudah ditakdirkan Allah. Ajalnya sudah tertulis (jika benar sekecil itu adalah Adik Nurin). Tetapi kita yang masih hidup dan memiliki anak-anak yang comel, kenalah mengambilnya sebagai ikhtibar.

Setakat marah atas apa yang berlaku tetapi masih leka dalam menjaga anak-anak kita..sebenarnya tidak membawa banyak makna. Di dunia kini kita sebagai ibu-bapa seharusnya lebih peka dengan keadaan sekeliling. Walaupun negara telah mencapai 50 tahun kemerdekaan, hakikatnya masalah jenayah tidak pernah merdeka.

Sekeliling kita di penuhi kisah jenayah yang tidak henti, penjenayah semakin ramai dan lebih menyakitkan hati apabila ia melibatkan sicomel yang belum tahu rakusnya dunia ini. Sicomel yang mudah dibeli dengan gula-gula atau coklat. Sudah banyak kisah kematian kanak-kanak kerana kes rogol dan dera, tapi apalah yang masyarakat kita telah dan mampu buat. Kita seolah-olah membiarkan semua kisah itu berulang dan berulang.

Sebagai ibu-bapa janganlah dibiarkan anak-anak kita yang comel itu kemana-mana tanpa peneman terutamanya orang yang lebih dewasa untuknya. Sama ada ke kedai, ke sekolah apatah lagi ketempat awan yang terlalu ramai orang. Sekiranya kita percayakanya dan membiarkan semua itu pasti ia mengundang perkara buruk kepada anak-anak kita. Berapa ramaikan kanak-kanak yang hilang dan tidak ditemui sampai kini. Hidupkah atau matikah?Kalau hidup..dimana? dan kalau mati..mana mayatnya? Sungguh sedih.

Negara kita semakin moden, di penuhi teknologi yang canggih manggih dan dengan itu juga keadaan semakin tidak selamat untuk diduduki. Kalau 20 tahun lalu anak-anak sebesar Arwah Adik Nurin tidak perlu dirisaukan sangat, bahkan penulis ketika itu sering berulang-alik menaiki basikal kesekolah berbatu-batu jauhnya, melewati kawasan kebun dan hutan..tetapi hati ibu-bapa tak pernah bimbang...perogol bunuh, penculik atau penjenayah bersiri serta perogol bermodus bergilir-gilir. Peliknya kenapa dahulu penjenayah begini kurang kewujudannya. Penjenayah yang gila dan mengila sehingga tidak mengenal tahap kemanusiaan.

Penulis berharap para ibu-bapa lebih menjaga tahap keselamatan anak-anak anda. Bimbanglah dengan keadaan ini. Ambillah ikhtibar. Kalau membawa anak ke pasaraya jangan biarkan dia keseorangan tanpa perhatian. Jenayah dan penjenayah boleh berada dimana-mana tanpa kita sedar. Jangan nanti menyesal tak sudah hanya kerana kelekaan kita sebagai pemegang amanah yang tuhan telah beri.

Jagalah anak-anak kita dengan sebaiknya kerana tidak semua keluarga di kurniakan anak-anak comel yang kita miliki.

Kepada Arwah Adik Nurin Jazlin..Alfatihah.


"..penulis selalu menjerit macam tarzan kalau bawa anak ke pasaraya hanya kerana ingin memastikan anak sentiasa berada di sisi. Kalau nak ikutkan hati malu tetapi itu satu tanggungjawab."

Friday, July 20, 2007

Kongsi Tips

Petikan dari buku Cakar Harimau oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Rumahtangga Harmoni dibina dengan susah payah, bukan terbina dengan sendirinya
Tukar Paradigma kolot. Fikirkan perkara yang positif seperti rumahtangga yang dihiasi dengan suasana kasih sayang, romantik dan hilai tawa bersama dengan keluarga. Ianya satu kemestian dan satu tuntutan.

Suami isteri mestilah mempunyai niat perkahwinan yang baik. InsyaAllah suasana-suasana yg indah mudah dijalinkan. Perbanyakkanlah berdoa selalu kepada Allah.
Sebagai suami isteri, hubungan yang wujud di antara keduanya bukan hanya sekadar suami dan isteri, tetapi mestilah berusaha menjadi pasangan kawan karib yang cukup rapat supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan dapat juga menghindari rasa malu yang melampau.

Kita mesti belajar untuk berkorban semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Jangan mudah marah tetapi amalkan sifat mudah memaafkan orang lain khususnya di dalam konteks rumahtangga.

Allahyarham P.Ramlee pernah mendendangkan sebait lagu yang berbunyi, "Perkara lama jangan dikenang..." Itulah hakikat yang mesti dilakukan. Tidak wajar untuk menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap pasangan kerana ia akan merugikan kita kelak.
Komunikasi juga memainkan peranan yang cukup berkesan dalam membentuk hubungan romantik di antara suami isteri. Perbanyakkan pujian, nasihat yang penuh hikmah supaya kata-kata yang diucapkan itu tidak menyinggung perasaan pasangan kita. .

Perkara yang jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan. Perkara yang mudah seperti, amalkan senyuman sewaktu pulang dari kerja, memperbanyakkan sentuhan seperti di bahu, di kepala, di tangan dan sebagainya. .
Meluahkan apa yang terpendam dengan terus terang. Jangan terlalu memendam perasaan. Mungkin pasangan kita tidak tahu atau mungkin memang sengaja tak mahu tahu, tetapi yang penting berterus teranglah.

Sebagai seorang suami, perkara yang jarang dilakukan ialah memberikan penghargaan yang istimewa kepada isteri. Ianya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti suami seperti mengajak isteri bersama "candle light dinner" atau memberikan hadiah penghargaan khas.
Apabila keluar bersantai, beriadah mahupun bersiar-siar, amalkan berpegangan tangan kerana ia akan merangsang emosi kita dan memberikan keyakinan kepada suami isteri.
Suami atau isteri mestilah menegur setiap kesilapan yang dilakukan di antara mereka, dan bukannya bersekongkol dengannya. Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah menyampaikan teguran dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Sebagai seorang suami ataupun isteri, jangan terlalu mengongkong pasangan anda. Mereka juga mempunyai hak untuk bersosial bersama dengan kawan-kawan dan masyarakat
Segala kerja-kerja di rumah tidak seharusnya dibebankan kepada bahu seorang individu sahaja. Kerja-kerja rumah merupakan kerja jamai'e atau kolektif di antara suami isteri.
Sekiranya suami dan isteri sudah mempunyai anak, ajarlah anak-anak itu semenjak dari kecil lagi untuk menghargai kasih sayang ibu bapa.

Hubungan seksual yang sihat dan sempurna juga mampu mengukirkan dan mengekalkan keseimbangan seterusnya mencambahkan suasana romantik dan kasih sayang di antara suami dan isteri.

Friday, July 6, 2007

Bulan Rejab

Pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita simak ada apa di balik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-haripuasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis darimadu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, laluRasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."
Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."
Sabda beliau lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Wednesday, June 13, 2007

Berenang di Kota Kuala Lumpur

Banjir melanda Kuala Lumpur lagi dan dikatakan yang terburuk sejak tahun 2003. Sekitar Masjid India , Jalan Ipoh , Kampung Baru & Sentul ditenggelami air, seolah-olah berada di tengah lautan.
Kelihatan kereta-kereta warga kota yang dikatakan Metropolitan telah berenang di lautan sementara Kota Kuala Lumpur.

Dan yang lebih syahdu bila Dataran Merdeka di naiki air ke paras pinggang......apalah malang nasib kereta yang diletakan ditempat letak kereta dibawah dataran tersebut. Menangislah tuan punya kereta tersebut. Dan tersenyumlah tuan-tuanpunya bengkel kereta..rezeki sudah mari macam durian runtuh.

Sementara itu kawasan sembahyang Masjid India pun di masuki air juga. Usik-usik sebagai rakyat telah digembar-gemburkan bahawa pembinaan terowong SMART sepanjang 9.7 kilometer menelan belanja RM1.9billion boleh mengalirkan air dan mengelakkan banjir di Kuala Lumpur. Apa dah terjadi ? adakah terowong tersebut tidak berfungsi atau sudah tidak mampu berfungsi dengan baik? kerana terlalu banyaknya air...

Hari ini pula di war-warkan bahawa tebatan banjir Jinjang, Cheras & Sg Damansara sedang dibina dan akan siap sepenuhnya tahun 2009.

Bila mendengar kawan-kawan bercerita tentang banjir dapatlah diungkaikan bahawa banjir yang diturunkan tuhan itu kerana banyaknya kesilapan manusia itu sendiri. Selain berpunca pencairan global salji kutub kerana tahap kepanasan melampau. Atau lebih hakiki kerana banyaknya kelalaian terhadap tuhannya telah dilakukan oleh wargakota itu.

Di awal tahun (mac) kita dikecohkan dengan fenomena cuaca ElNino yang dijangkan panas melampau sehingga bulan ogos...maka rata-rata melaungkan "jimat air!! jimat air!!" sehingga basuh kereta pun tak boleh..takut tak cukup air.......tetapi kini baru bulan jun, banjir pula sehingga paras pinggang..lumpur merata-rata.

Inilah kuasa tuhan. Bila di suruh berdoa ada yang cuba menafikan dengan mengatakan kena berusaha juga. Tapi usaha apakah yang telah mereka lakukan? Sekadar perasaan tak puashati yang berleluasa sahaja. Sesungguhnya tuhan itu lebih tahu apa yang terjadi dan akan terjadi.

Adalah sungguh melucukan, kota metropolitan yang serba canggih dan mahal di penuhi lumpur serta kotoran sampah...

Thursday, June 7, 2007

Puteri Mart


Puteri Mart yang berwarna oren dan putih telah siapa dibina dengan menelan belanja RM 6.5juta di Bandar Puteri Puchong. Dibina dalam masa 8 bulan oleh IOI Group dengan 40 kedai didalamnya.
Puteri Mart dijadualkan dibuka pada bulan ini tetapi ia bergantung sepenuh kepada ADUN Kinrara & Sri Serdang untuk memastikan Puteri Mart dibuka secepat mungkin.
Kadar sewa lot-lot kedai adalah diantara RM 900.00 ke RM1,500.00.
Kepada sesiapa yang berminat menjalankan untuk menyewa bolehlah menghubungi IOI Group.

Thursday, March 1, 2007

Yasmin Ahmad & Mukhsin




Semalam berpeluang mengikuti pratonton khas utk media, filem Mukhsin arahan Yasmin Ahmad di GSC Mid Valley yang khabarnya mendapat beberapa anugerah dari luarnegara termasuk Berlin & Hongkong. Tahniah utk pengarah filem Mukhsin. Menonton filem arahan Yasmin Ahmad bagai suatu kesinambungan dari Sepet, Gubra & Mukhsin.
Muksin adalah seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang mengenali Orked 2 tahun lebih muda. Di mana Mukhsin yang memiliki keluarga tidak sebahagia Orked telah bertandang ke kampung Orked di masa cuti persekolahan. Layanan dan persahabatan antara mereka agak ketara sehingga Mukhsin rasa kehilangan apabila Orked merajuk dan begitu juga Orked apabila Mukhsin balik ke kampung yang mana telah kehilagan ibunya kerana membunuh diri.
Cerita terlalu mudah difahami dan dibawa, diselitkan unsur-unsur keislaman dalam keluarga bahagia yang dimiliki oleh Orked turut juga dirasai sedikit oleh Mukhsin.
Ada sedikit kesinambungan Orked Gubra & Jason yang bahagia dan memiliki seorang anak.
Dalam masyarakat kita keluarga seperti Orked amatlah diharapkan walau tidak kaya tetapi sederhana dan bahagia. Hubungan kekeluargaan yang erat, walaupun beberapa masalah timbul tidak menjadi suatu perkara yang besar dan dapat diselesaikan dgn baik.
Bagi penulis keluarga seperti ini amat diimpikan.
Menyorot filem arahan Yasmin Ahmad.....
tontonilah dengan rasa tenang dan tiada unsur-unsur keganasan, pertengkaran atau rasa sakit hati, fitnah dan benci.
Filem ini akan ditayangkan umum pada 8 Mac 2007.

Saturday, February 10, 2007

Sinetron "n" Al Quran


Cerita sinetron Bawang Putih Barang Merah baru sahaja kepenghujung cerita. Sinetron ini begitu meluas pengaruhnya..sehingga ratingnya 1,474,000 penonton pada 1/2/2007. Siapa saja pasti tahu pasal sinetron yang kurang diterima dek akal bahkan dari segi kawajaran dalam islam, tetapi siapa yang endahkan.
Kanak-kanak yang berusia 3 tahun pun tahu sinetron ini, bahkan boleh menyanyi lagu temanya. Wah dashyat pengaruhnya. Cuba bayangkan kalau seorang kanak-kanak yang disuruh si ibu membeli bawang merah tetapi balik membawa bawang putih dengan alasan tidak ingin membeli kerana sibawang merah jahat..."jahat?!"*&%#$@...
Apa kena mengena bawang merah untuk masak dengan jahat?

Cubalah tanya pasal cerita yang bertajuk sama yang telah diterbitkan tahun 1959 dilakonkan oleh pelakon tempatan Latifah Omar, Datin Umi Kalthom dan Siti Tanjung Perak. Tak siapa tahu kecuali emak bapa kita.

Inilah..begitu tinggi pengaruh dari negara jiran tetapi kenapa hanya sinetronya sahaja. Perkara-perkara yang baik lain tidak pula diambil kira.

Terbaru apabila Sumatera Barat telah mengubal undang-undang bahawa setiap pasangan beragama Islam wajib mampu membaca Al-Quran dengan lancar sebagai satu kelayakan untuk menikah...bagaimana? Mampukah kita meniru juga? atau terpengaruh?

Berapakah ramai pemuda dan pemudi kita mampu berbuat demikian, dibimbangi membaca Al-Fatihah pun tidak mampu. Maka kalau kita sama mewajibkan..ramai pula tak boleh nak membina rumahtangga. Tapi kalau dilihat, dalam tempoh jangka panjang kesannya amat baik sekali. Di negara kita yang bertujangkan Islam sebagai agama rasmi tetapi masih ramai penganutnya yang buta tentang Islam dan ajarannya. Sedangkan Islam itu sendiri jika dihayati, akan mengelakkan segala gejala sosial yang teruk menyerang negara ini. Contohnya zina, lahir anak luar nikah, pembunuhan, buli, pelacuran, pergaulan bebas spt di disko-disko sehingga aktiviti dadah, penjualan pil khayal yang sukar dibendung.

Kita mengenal islam hanya sekadar perkara asas tetapi tidak menghayati sepenuh. Berapa ramaikah anak-anak kita boleh membaca Al-quran atau lebih dashyat lagi mampu menghafaz. Sewajarnya tirulah sesuatu yang baik juga.

Tuesday, February 6, 2007

Anak


Lihatlah betapa kejamnya seorang manusia. Anak ini mungkin tidak bernilai atau menyusahkan hidup si ibu / bapanya. Sudah pasti anak ini anak tanpa perkahwinan.
Sedih dan kesian melihat bayi ini yang sudah tidak bernyawa ini dan di biarkan begitu saja. Sudah pasti jika tidak ditemui oleh sesiapa akan menjadi habuan anjing atau semut.
Sudah lumrah anak luar nikah, sungguh mudah mendapat dan mudah juga dibuang kerana lahir tanpa taraf, justeru itu dinafikan haknya untuk hidup.
Kenapalah manusia ini begini, berperangai lebih buruk dari haiwan.
Sebenarnya kes sebegini seringkali berlaku dikalangan masyarak kita dan seakan tanpa kesudahan. Seharusnya kawalan kepada anak-anak kita adalah penting supaya tidak wujud lagi budaya ini. Anak ini adalah kandungan tidak diingin bukan sahaja oleh siibu yang mengandungkan atau pun ahli keluarga siibu apatah lagi sibapa. Bila perkara buruk hadir tak sesiapa nak mengaku, yelah siapa nak mengaku "tahi siapa di tengah jalan", tapi ini melibatkan nyawa.
Apalah salah nya anak ini diberikan kepada sesiapa saja yang sudi menerima.
Di dalam masyarakat kita begitu ramai pasangan yang tidak dikurniakan zuriat, hah! berikan saja kepada mereka, bayi yang comel ini tentu ramai yang belas kasihan. Janganlah dibunuh!
Tak perlu bimbang pasal tarafnya Tuhan telah menentukan dia tidak berdosa, suci.. sesuci anak-anak yang lain.

Monday, February 5, 2007

ABPBH 2006











Baru sahaja habis menonton rancangan paling gilang-gemilang untuk para artis tanah air. Wah!..masing-masing bergaya dengan pakaian tajaan pereka tempatan. Setiap tahun rancangan seperti ini dinanti oleh peminat kerana mereka yang menentukan artis paling popular.


Kali ini Mawi menang lagi buat kali ke 2. Nasib masih menyebelahinya walau banyak kontroversi melanda. Tak dapat dinafikan jika pilihan peminat Mawi pasti menjadi pilihan. Syabas kpd Mawi, diharap Mawi bukan sekadar menang di juri awam tetapi juri professional juga jika ada pertandingan berprestij seperti AJL.

Penulis ingatkan Fasha atau Saiful akan membawa balik Anugerah Bintang Paling Popular..tapi nasib kurang bersama mereka walaupun 2 kali naik pentas.

Cuma penulis kurang berkenan cara artis kita berpakaian terlalu mengikut artis barat walaupun bertemakan glamour taklah semestinya mendedahkan dada (berkemban) ataupun belakang badan. Seperti Fasha Sanda baju memang cantik biru ungu, penulis suka benar tetapi aduhai luas sangat belakang tu. Tak kurang juga artis wanita yang lain seksi sangat. Pakaian begitu memang biasa dalam dunia artis tetapi.. inikan masyarakat melayu yang beragama islam, agak kurang sesuailah.

Gemar lihat keletah Kak Ogy (yes minat sejak zaman azura) dan Kak Ungku...wah khabarnya nak join Era....wah! wah!... Memang best dua pengacara ini.

Kebanyakan keputusan tahun ini tak banyak beza dari tahun lepas. Apapun tahniahlah kepada yang menang.. dan Berita Harian juga.




Friday, February 2, 2007

PTPTN

Nampaknya Ketua Eksekutif yang baru Yunos Abd Ghani penuh dengan wawasan. Idea saman dan menyenarai hitamkan peminjam dan direkod dalam Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) serta Bris Information Services Sdn Bhd (BRIS) adalah langkah terbaik. Seramai 38,484 peminjam yang tamat pengajian 1999 telah ingkar untuk membayar pinjaman sejumlahRM867 juta.
Seramai 111 orang akan dihadpkan ke mahkamah Isnin depan dan selebihnya akan dibuat secara berperingkat.
Penulis berasa hairan mengapa begitu sukar para peminjam yang sekarang masing-masing memiliki kerja dan berjawatan, sukar membayar hutang setakat RM 100 ke RM300 sebulan. Mungkin ini silapnya pada pengurusan PTPTN sebelum ini yang tidak menguruskan para peminjam dengan baik disamping para peminjam yang tidak beetika. Mengapa setelah bertahun-tahun baru nak menyenaraikan hitam atau menyaman. Pihak PTPTN seharusnya membuat tindakan ini apabila lebih setahun tiada bayaran diterima, bukan ke ia lebih efektif dan menakutkan para peminjam supaya mereka lebih sedar tanggungjawab membayar hutang demi generasi akan datang. Lihat apa sudah jadi dengan MARA. Para peminjam mara terdahulu telah menyebakan generasi kini sukar mendapatkan pinjaman dek kerana hutang yang sukar dituntut.
Penulis juga memiliki seorang rakan tidak mahu menbayar hutang PTPTN dengan alasan tiada surat tuntutan dari pihak PTPTN walaupun dalam kontrak perjanjian sedia maklum berapa banyak dan bila hutang patut dilunaskan.
Penulis rasa PTPTN harus lebih serius melakukan tindakan mengesan para peminjam termasuk melalui agensi - agensi kerajaan sedia ada terutamanya apabila seseorang itu telah bekerja.
Kemungkinan dari pengalaman sektor perbankan En Yunos akan lebih cepat menyelesaikan masalah sebegini di masa akan datang.

Sunday, January 28, 2007

El Nino

Setelah banjir besar melanda sekitar Johor, Pahang, Kelantan & Trengganu, fenomena El Nino akan melanda negara.
Fenomena ini akan membawa panas terik yang ekstrem berpanjangan & kemarau sehingga Ogos. Orang ramai hendaklah bersiap sedia menghadapi cuaca ekstrem yang akan datang selepas musim tengkujuh berakhir Februari ini.

Friday, January 26, 2007

Perarakan Kereta Berhias Esok

Di anggarkan 18 kereta berhias akan berarak di Persiaran Perdana Putrajaya bermula jam 8 pagi. Kereta berhias ini ditawarkan hadiah 6 kategori iaitu perdana, kreatif, tema, perarakan istemewa, anugerah khas juri dan penyertaan antarabangsa. Syarat penyertaan >70% bunga segar, <30% bunga kering & <20% tumbuhan & bahan semulajadi.
Pesta Flora tahun 2007 ini bertemakan Warna-Warna Harmoni. Kereta berhias ini akan dipamerkan sehingga 29 Januari 2007.

Thursday, January 25, 2007

2007

Segalanya baru bermula...2007