Tuesday, February 6, 2007

Anak


Lihatlah betapa kejamnya seorang manusia. Anak ini mungkin tidak bernilai atau menyusahkan hidup si ibu / bapanya. Sudah pasti anak ini anak tanpa perkahwinan.
Sedih dan kesian melihat bayi ini yang sudah tidak bernyawa ini dan di biarkan begitu saja. Sudah pasti jika tidak ditemui oleh sesiapa akan menjadi habuan anjing atau semut.
Sudah lumrah anak luar nikah, sungguh mudah mendapat dan mudah juga dibuang kerana lahir tanpa taraf, justeru itu dinafikan haknya untuk hidup.
Kenapalah manusia ini begini, berperangai lebih buruk dari haiwan.
Sebenarnya kes sebegini seringkali berlaku dikalangan masyarak kita dan seakan tanpa kesudahan. Seharusnya kawalan kepada anak-anak kita adalah penting supaya tidak wujud lagi budaya ini. Anak ini adalah kandungan tidak diingin bukan sahaja oleh siibu yang mengandungkan atau pun ahli keluarga siibu apatah lagi sibapa. Bila perkara buruk hadir tak sesiapa nak mengaku, yelah siapa nak mengaku "tahi siapa di tengah jalan", tapi ini melibatkan nyawa.
Apalah salah nya anak ini diberikan kepada sesiapa saja yang sudi menerima.
Di dalam masyarakat kita begitu ramai pasangan yang tidak dikurniakan zuriat, hah! berikan saja kepada mereka, bayi yang comel ini tentu ramai yang belas kasihan. Janganlah dibunuh!
Tak perlu bimbang pasal tarafnya Tuhan telah menentukan dia tidak berdosa, suci.. sesuci anak-anak yang lain.

No comments: