Thursday, March 1, 2007

Yasmin Ahmad & Mukhsin




Semalam berpeluang mengikuti pratonton khas utk media, filem Mukhsin arahan Yasmin Ahmad di GSC Mid Valley yang khabarnya mendapat beberapa anugerah dari luarnegara termasuk Berlin & Hongkong. Tahniah utk pengarah filem Mukhsin. Menonton filem arahan Yasmin Ahmad bagai suatu kesinambungan dari Sepet, Gubra & Mukhsin.
Muksin adalah seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang mengenali Orked 2 tahun lebih muda. Di mana Mukhsin yang memiliki keluarga tidak sebahagia Orked telah bertandang ke kampung Orked di masa cuti persekolahan. Layanan dan persahabatan antara mereka agak ketara sehingga Mukhsin rasa kehilangan apabila Orked merajuk dan begitu juga Orked apabila Mukhsin balik ke kampung yang mana telah kehilagan ibunya kerana membunuh diri.
Cerita terlalu mudah difahami dan dibawa, diselitkan unsur-unsur keislaman dalam keluarga bahagia yang dimiliki oleh Orked turut juga dirasai sedikit oleh Mukhsin.
Ada sedikit kesinambungan Orked Gubra & Jason yang bahagia dan memiliki seorang anak.
Dalam masyarakat kita keluarga seperti Orked amatlah diharapkan walau tidak kaya tetapi sederhana dan bahagia. Hubungan kekeluargaan yang erat, walaupun beberapa masalah timbul tidak menjadi suatu perkara yang besar dan dapat diselesaikan dgn baik.
Bagi penulis keluarga seperti ini amat diimpikan.
Menyorot filem arahan Yasmin Ahmad.....
tontonilah dengan rasa tenang dan tiada unsur-unsur keganasan, pertengkaran atau rasa sakit hati, fitnah dan benci.
Filem ini akan ditayangkan umum pada 8 Mac 2007.