


Malam tadi jam 9.21 mlm waktu Malaysia, Angkasawan pertama Malaysia Dr Sheikh Muszaphar dan Komender Peggy Witson sertaYuri mallenchenko telah selamat berlepas ke International Space Station menaiki Soyuz TMA-11. Soyuz TMA-11 akan berada di Orbit selama 48jam sebelum bercantum di ISS selama 10 hari.
Angkasawan Malaysia membawa 3 eksperimen, mengkaji kesan mikrograviti dan radiasi angkasa ke atas sel normal dan sel kanser. Ia bagi melihat kesan ke atas pembentukan sel kanser dan proses yang boleh membantu mengesan serta rawatan yang lebih berkesan.
Eksperimen juga melibatkan penghantaran bakteria ke angkasa lepas, megkaji kesan mikrograviti dan radiasi serta makanisma dan kadar perkembangan. Bakteria yang dipilih adalah Helicobacter pylori (yang bertindakbalas penyakit Ulser perut) dan Acinetobactor baumanni.
Kajian penghasilan kristal protein dalam organisma hidup serta 3 aplikasi utama iaitu struktur biologi & pembuatan ubatan, pemisahan kima dan pengawalan dalam ubatan.
Kebanyakan rakyat Malaysia menyaksikan dengan penuh bangga pelancaran Soyuz TMA-11 yang dipancarkan terus dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.
Dr Sheikh Muszaphar 35, seorang pakar Ortopedik dari HUKM adalah diantara 11,267 orang pemohon. Tahniah di ucapkan. Semuga dengan pergi dan kembalinya angkasawan malaysia itu pada 21 Oktober nanti akan membuka lembaran baru dalam dunia Astronomi di Malaysia.