Wednesday, June 13, 2007

Berenang di Kota Kuala Lumpur

Banjir melanda Kuala Lumpur lagi dan dikatakan yang terburuk sejak tahun 2003. Sekitar Masjid India , Jalan Ipoh , Kampung Baru & Sentul ditenggelami air, seolah-olah berada di tengah lautan.
Kelihatan kereta-kereta warga kota yang dikatakan Metropolitan telah berenang di lautan sementara Kota Kuala Lumpur.

Dan yang lebih syahdu bila Dataran Merdeka di naiki air ke paras pinggang......apalah malang nasib kereta yang diletakan ditempat letak kereta dibawah dataran tersebut. Menangislah tuan punya kereta tersebut. Dan tersenyumlah tuan-tuanpunya bengkel kereta..rezeki sudah mari macam durian runtuh.

Sementara itu kawasan sembahyang Masjid India pun di masuki air juga. Usik-usik sebagai rakyat telah digembar-gemburkan bahawa pembinaan terowong SMART sepanjang 9.7 kilometer menelan belanja RM1.9billion boleh mengalirkan air dan mengelakkan banjir di Kuala Lumpur. Apa dah terjadi ? adakah terowong tersebut tidak berfungsi atau sudah tidak mampu berfungsi dengan baik? kerana terlalu banyaknya air...

Hari ini pula di war-warkan bahawa tebatan banjir Jinjang, Cheras & Sg Damansara sedang dibina dan akan siap sepenuhnya tahun 2009.

Bila mendengar kawan-kawan bercerita tentang banjir dapatlah diungkaikan bahawa banjir yang diturunkan tuhan itu kerana banyaknya kesilapan manusia itu sendiri. Selain berpunca pencairan global salji kutub kerana tahap kepanasan melampau. Atau lebih hakiki kerana banyaknya kelalaian terhadap tuhannya telah dilakukan oleh wargakota itu.

Di awal tahun (mac) kita dikecohkan dengan fenomena cuaca ElNino yang dijangkan panas melampau sehingga bulan ogos...maka rata-rata melaungkan "jimat air!! jimat air!!" sehingga basuh kereta pun tak boleh..takut tak cukup air.......tetapi kini baru bulan jun, banjir pula sehingga paras pinggang..lumpur merata-rata.

Inilah kuasa tuhan. Bila di suruh berdoa ada yang cuba menafikan dengan mengatakan kena berusaha juga. Tapi usaha apakah yang telah mereka lakukan? Sekadar perasaan tak puashati yang berleluasa sahaja. Sesungguhnya tuhan itu lebih tahu apa yang terjadi dan akan terjadi.

Adalah sungguh melucukan, kota metropolitan yang serba canggih dan mahal di penuhi lumpur serta kotoran sampah...

Thursday, June 7, 2007

Puteri Mart


Puteri Mart yang berwarna oren dan putih telah siapa dibina dengan menelan belanja RM 6.5juta di Bandar Puteri Puchong. Dibina dalam masa 8 bulan oleh IOI Group dengan 40 kedai didalamnya.
Puteri Mart dijadualkan dibuka pada bulan ini tetapi ia bergantung sepenuh kepada ADUN Kinrara & Sri Serdang untuk memastikan Puteri Mart dibuka secepat mungkin.
Kadar sewa lot-lot kedai adalah diantara RM 900.00 ke RM1,500.00.
Kepada sesiapa yang berminat menjalankan untuk menyewa bolehlah menghubungi IOI Group.