Saturday, February 10, 2007

Sinetron "n" Al Quran


Cerita sinetron Bawang Putih Barang Merah baru sahaja kepenghujung cerita. Sinetron ini begitu meluas pengaruhnya..sehingga ratingnya 1,474,000 penonton pada 1/2/2007. Siapa saja pasti tahu pasal sinetron yang kurang diterima dek akal bahkan dari segi kawajaran dalam islam, tetapi siapa yang endahkan.
Kanak-kanak yang berusia 3 tahun pun tahu sinetron ini, bahkan boleh menyanyi lagu temanya. Wah dashyat pengaruhnya. Cuba bayangkan kalau seorang kanak-kanak yang disuruh si ibu membeli bawang merah tetapi balik membawa bawang putih dengan alasan tidak ingin membeli kerana sibawang merah jahat..."jahat?!"*&%#$@...
Apa kena mengena bawang merah untuk masak dengan jahat?

Cubalah tanya pasal cerita yang bertajuk sama yang telah diterbitkan tahun 1959 dilakonkan oleh pelakon tempatan Latifah Omar, Datin Umi Kalthom dan Siti Tanjung Perak. Tak siapa tahu kecuali emak bapa kita.

Inilah..begitu tinggi pengaruh dari negara jiran tetapi kenapa hanya sinetronya sahaja. Perkara-perkara yang baik lain tidak pula diambil kira.

Terbaru apabila Sumatera Barat telah mengubal undang-undang bahawa setiap pasangan beragama Islam wajib mampu membaca Al-Quran dengan lancar sebagai satu kelayakan untuk menikah...bagaimana? Mampukah kita meniru juga? atau terpengaruh?

Berapakah ramai pemuda dan pemudi kita mampu berbuat demikian, dibimbangi membaca Al-Fatihah pun tidak mampu. Maka kalau kita sama mewajibkan..ramai pula tak boleh nak membina rumahtangga. Tapi kalau dilihat, dalam tempoh jangka panjang kesannya amat baik sekali. Di negara kita yang bertujangkan Islam sebagai agama rasmi tetapi masih ramai penganutnya yang buta tentang Islam dan ajarannya. Sedangkan Islam itu sendiri jika dihayati, akan mengelakkan segala gejala sosial yang teruk menyerang negara ini. Contohnya zina, lahir anak luar nikah, pembunuhan, buli, pelacuran, pergaulan bebas spt di disko-disko sehingga aktiviti dadah, penjualan pil khayal yang sukar dibendung.

Kita mengenal islam hanya sekadar perkara asas tetapi tidak menghayati sepenuh. Berapa ramaikah anak-anak kita boleh membaca Al-quran atau lebih dashyat lagi mampu menghafaz. Sewajarnya tirulah sesuatu yang baik juga.

Tuesday, February 6, 2007

Anak


Lihatlah betapa kejamnya seorang manusia. Anak ini mungkin tidak bernilai atau menyusahkan hidup si ibu / bapanya. Sudah pasti anak ini anak tanpa perkahwinan.
Sedih dan kesian melihat bayi ini yang sudah tidak bernyawa ini dan di biarkan begitu saja. Sudah pasti jika tidak ditemui oleh sesiapa akan menjadi habuan anjing atau semut.
Sudah lumrah anak luar nikah, sungguh mudah mendapat dan mudah juga dibuang kerana lahir tanpa taraf, justeru itu dinafikan haknya untuk hidup.
Kenapalah manusia ini begini, berperangai lebih buruk dari haiwan.
Sebenarnya kes sebegini seringkali berlaku dikalangan masyarak kita dan seakan tanpa kesudahan. Seharusnya kawalan kepada anak-anak kita adalah penting supaya tidak wujud lagi budaya ini. Anak ini adalah kandungan tidak diingin bukan sahaja oleh siibu yang mengandungkan atau pun ahli keluarga siibu apatah lagi sibapa. Bila perkara buruk hadir tak sesiapa nak mengaku, yelah siapa nak mengaku "tahi siapa di tengah jalan", tapi ini melibatkan nyawa.
Apalah salah nya anak ini diberikan kepada sesiapa saja yang sudi menerima.
Di dalam masyarakat kita begitu ramai pasangan yang tidak dikurniakan zuriat, hah! berikan saja kepada mereka, bayi yang comel ini tentu ramai yang belas kasihan. Janganlah dibunuh!
Tak perlu bimbang pasal tarafnya Tuhan telah menentukan dia tidak berdosa, suci.. sesuci anak-anak yang lain.

Monday, February 5, 2007

ABPBH 2006











Baru sahaja habis menonton rancangan paling gilang-gemilang untuk para artis tanah air. Wah!..masing-masing bergaya dengan pakaian tajaan pereka tempatan. Setiap tahun rancangan seperti ini dinanti oleh peminat kerana mereka yang menentukan artis paling popular.


Kali ini Mawi menang lagi buat kali ke 2. Nasib masih menyebelahinya walau banyak kontroversi melanda. Tak dapat dinafikan jika pilihan peminat Mawi pasti menjadi pilihan. Syabas kpd Mawi, diharap Mawi bukan sekadar menang di juri awam tetapi juri professional juga jika ada pertandingan berprestij seperti AJL.

Penulis ingatkan Fasha atau Saiful akan membawa balik Anugerah Bintang Paling Popular..tapi nasib kurang bersama mereka walaupun 2 kali naik pentas.

Cuma penulis kurang berkenan cara artis kita berpakaian terlalu mengikut artis barat walaupun bertemakan glamour taklah semestinya mendedahkan dada (berkemban) ataupun belakang badan. Seperti Fasha Sanda baju memang cantik biru ungu, penulis suka benar tetapi aduhai luas sangat belakang tu. Tak kurang juga artis wanita yang lain seksi sangat. Pakaian begitu memang biasa dalam dunia artis tetapi.. inikan masyarakat melayu yang beragama islam, agak kurang sesuailah.

Gemar lihat keletah Kak Ogy (yes minat sejak zaman azura) dan Kak Ungku...wah khabarnya nak join Era....wah! wah!... Memang best dua pengacara ini.

Kebanyakan keputusan tahun ini tak banyak beza dari tahun lepas. Apapun tahniahlah kepada yang menang.. dan Berita Harian juga.




Friday, February 2, 2007

PTPTN

Nampaknya Ketua Eksekutif yang baru Yunos Abd Ghani penuh dengan wawasan. Idea saman dan menyenarai hitamkan peminjam dan direkod dalam Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) serta Bris Information Services Sdn Bhd (BRIS) adalah langkah terbaik. Seramai 38,484 peminjam yang tamat pengajian 1999 telah ingkar untuk membayar pinjaman sejumlahRM867 juta.
Seramai 111 orang akan dihadpkan ke mahkamah Isnin depan dan selebihnya akan dibuat secara berperingkat.
Penulis berasa hairan mengapa begitu sukar para peminjam yang sekarang masing-masing memiliki kerja dan berjawatan, sukar membayar hutang setakat RM 100 ke RM300 sebulan. Mungkin ini silapnya pada pengurusan PTPTN sebelum ini yang tidak menguruskan para peminjam dengan baik disamping para peminjam yang tidak beetika. Mengapa setelah bertahun-tahun baru nak menyenaraikan hitam atau menyaman. Pihak PTPTN seharusnya membuat tindakan ini apabila lebih setahun tiada bayaran diterima, bukan ke ia lebih efektif dan menakutkan para peminjam supaya mereka lebih sedar tanggungjawab membayar hutang demi generasi akan datang. Lihat apa sudah jadi dengan MARA. Para peminjam mara terdahulu telah menyebakan generasi kini sukar mendapatkan pinjaman dek kerana hutang yang sukar dituntut.
Penulis juga memiliki seorang rakan tidak mahu menbayar hutang PTPTN dengan alasan tiada surat tuntutan dari pihak PTPTN walaupun dalam kontrak perjanjian sedia maklum berapa banyak dan bila hutang patut dilunaskan.
Penulis rasa PTPTN harus lebih serius melakukan tindakan mengesan para peminjam termasuk melalui agensi - agensi kerajaan sedia ada terutamanya apabila seseorang itu telah bekerja.
Kemungkinan dari pengalaman sektor perbankan En Yunos akan lebih cepat menyelesaikan masalah sebegini di masa akan datang.