Pekerja ku Seorang Pengkhianat
Dahulu
Ku ambil mu bekerja
Kerana ku percaya
Akan kejujuran mu
Akan keikhlasan mu
Akan kesetiaan mu
Semalam
Kau masih bekerja dengan ku
Aku masih membayar gaji mu
Tanpa ragu, tanpa sangsi
Hari ini
Kau mengkhianati ku
Kau cuba memalukan ku
Kau cuba menipu aku
Kau cuba mempermaikan ku
Kau cuba tidak mengakui ini semua perbuatan mu
Kau seorang pengadu domba
Kau kata aku bodoh
Kau kata aku kurang bijak
Kau kata aku tidak menghargai mu
Kau kata kaulah pekerja terbaik di dunia
Aku memang bodoh
Kerana membayar gaji mu
Walaupun kau pekerja yg tidak jujur
Aku memang kurang bijak
Tapi kau masih mahu jadi pekerja ku
Kau masih perlukan jawatan mu
Aku memang tak menghargai mu
Kerana kau seorang pengkhianat
Kerana aku tahu kau seorang pengkhianat
Kerana kau bukan pekerja terbaik
Dan kau silap
Aku tahu segala-galanya
Atas nama kau pekerja ku
p/s moral of the stroy.....
Jadilah seorang pekerja yang jujur, jangan jadi pengkhianat kepada majikan kerana dibimbangi duit gaji yang diterima untuk menyara keluarga menjadi HARAM hanya kerana anda menjadi seorang pengkhianat.
Update: Hari ini kedengaran lagi cerita pengkhianatan mu (wahai pekerjaku) yang sungguh hebat, sehingga kau cuba menggoncang bukit sekeliling. Wah.. kelakar tetapi ketahuilah bukan kah bukit itu sungguh kukuh. Kepada pekerja ku tak perlulah nak sabotaj aku sebagai majikan mu kerana gajimu datangnya dari ku. TIDAK MALU KAH?
Monday, May 12, 2008
Friday, May 2, 2008
Special Ice
Subscribe to:
Comments (Atom)