Nampaknya Ketua Eksekutif yang baru Yunos Abd Ghani penuh dengan wawasan. Idea saman dan menyenarai hitamkan peminjam dan direkod dalam Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) serta Bris Information Services Sdn Bhd (BRIS) adalah langkah terbaik. Seramai 38,484 peminjam yang tamat pengajian 1999 telah ingkar untuk membayar pinjaman sejumlahRM867 juta.Seramai 111 orang akan dihadpkan ke mahkamah Isnin depan dan selebihnya akan dibuat secara berperingkat.
Penulis berasa hairan mengapa begitu sukar para peminjam yang sekarang masing-masing memiliki kerja dan berjawatan, sukar membayar hutang setakat RM 100 ke RM300 sebulan. Mungkin ini silapnya pada pengurusan PTPTN sebelum ini yang tidak menguruskan para peminjam dengan baik disamping para peminjam yang tidak beetika. Mengapa setelah bertahun-tahun baru nak menyenaraikan hitam atau menyaman. Pihak PTPTN seharusnya membuat tindakan ini apabila lebih setahun tiada bayaran diterima, bukan ke ia lebih efektif dan menakutkan para peminjam supaya mereka lebih sedar tanggungjawab membayar hutang demi generasi akan datang. Lihat apa sudah jadi dengan MARA. Para peminjam mara terdahulu telah menyebakan generasi kini sukar mendapatkan pinjaman dek kerana hutang yang sukar dituntut.
Penulis juga memiliki seorang rakan tidak mahu menbayar hutang PTPTN dengan alasan tiada surat tuntutan dari pihak PTPTN walaupun dalam kontrak perjanjian sedia maklum berapa banyak dan bila hutang patut dilunaskan.
Penulis rasa PTPTN harus lebih serius melakukan tindakan mengesan para peminjam termasuk melalui agensi - agensi kerajaan sedia ada terutamanya apabila seseorang itu telah bekerja.
Kemungkinan dari pengalaman sektor perbankan En Yunos akan lebih cepat menyelesaikan masalah sebegini di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment