
Baru sahaja habis menonton rancangan paling gilang-gemilang untuk para artis tanah air. Wah!..masing-masing bergaya dengan pakaian tajaan pereka tempatan. Setiap tahun rancangan seperti ini dinanti oleh peminat kerana mereka yang menentukan artis paling popular.Cuma penulis kurang berkenan cara artis kita berpakaian terlalu mengikut artis barat walaupun bertemakan glamour taklah semestinya mendedahkan dada (berkemban) ataupun belakang badan. Seperti Fasha Sanda baju memang cantik biru ungu, penulis suka benar tetapi aduhai luas sangat belakang tu. Tak kurang juga artis wanita yang lain seksi sangat. Pakaian begitu memang biasa dalam dunia artis tetapi.. inikan masyarakat melayu yang beragama islam, agak kurang sesuailah.
Gemar lihat keletah Kak Ogy (yes minat sejak zaman azura) dan Kak Ungku...wah khabarnya nak join Era....wah! wah!... Memang best dua pengacara ini.
Kebanyakan keputusan tahun ini tak banyak beza dari tahun lepas. Apapun tahniahlah kepada yang menang.. dan Berita Harian juga.
No comments:
Post a Comment